Isnin, 29 Mac 2010

Majlis Ramah Mesra

Surat Kepada Alumi EHYA

Semoga semua berada dalam keadaan sihat wal-afiah...Majlis Ramah Mesra Bekas Pelajar/guru/kakitangan Ehya Asshariff akan diadakan seperti yang telah dimaklumi. Butirannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 3 APRIL 2010 (Sabtu)
Tempat : Maahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang

Tentatif :
9.15 pg : Pendaftaran
10.00 pg : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
10.10 pg : Ucapan Wakil Maahad Al-Ehya Asshariff
10.45 pg : Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Penaja Alumni
11:15 pg : Taaruf
12.45 pg : Rehat / Makan tengahari / Solat Zohor Berjemaah
2.00 ptg: "Lambaian Memori"
3.00 ptg: Briefing 'Alumni'
3.30 ptg: Bergambar dan 'Ehya Tour'
4.00 ptg: Acara Bebas dan Bersurai

Pendaftaran dikenakan RM 5 untuk setiap bekas pelajar.

Sukacitanya amatlah diharapkan kepada semua agar dapat membuat confirmation awal tentang kehadiran untuk memudahkan pihak kami membuat persediaan sewajarnya.
tetapi tiada halangan juga kepada yang tidak sempat mendaftar awal untuk mendaftar pada hari program.
Pendaftaran awal hendaklah diemailkan kepada ;
zarulism@yahoo.com (Ismat Nazarul b. Mat Isa) atau
syabab82@yahoo.com (Ismat Nazirin b. Mat Isa)

Maklumat yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:
NAMA :
ALAMAT:
Tahun Masuk Ehya:
Tahun Keluar Ehya:
Kelulusan Terakhir di Ehya:

Kerjasama anda amatlah dihargai...Terima Kasih kepada semua yang sering memberi kerjasama dan respon kepada kami melalui semua medium (email, group, FB, Blog dll).
Semua itu adalah sokongan yang amat bermakna untuk kita sama-sama merealisasikan harapan agar pertemuan kali ini dapar berjalan lancar.
Terima Kasih Semua dan jumpa di Ehya!!!

Tambahan :

Pihak Jawatankuasa penaja Alumni amat berbesar hati jika ada pihak yang ingin menaja sebarang hadiah atau hamper sebagai kenangan untuk dikongsikan kepada mana-mana ahli yang bertuah.

Kami akan lakukan cabutan bertuah beberapa kali sepanjang majlis berlansung.untuk mengelakkan pembaziran, maka sebarang sumbangan dalam apa jua bentuk amatlah diharapkan.

dan boleh dimaklumkan kepada saya melalui email syabab82@yahoo.com kesudian anda semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira dan moga Allah sentiasa memberkati dan sentiasa meluaskan rezeki kita semua.
Barakallahu fi kum...2)

Etika Pakaian Sepanjang Majlis :

Lelaki : Pakaian yang menutup aurat menepati apa2 yang diajarkan oleh guru-guru (dan ISLAM itu sendiri) di ehya dahulu...

: Pakaian yang ketat (yang menampakkan segala otot badan) seboelhnya dieklakkan.

Perempuan : Pakaian yang menutup aurat menepati apa yang dianjurkan syara' sebagaimana yang di ajar ketika di ehya dahulu...

: Ringkas nya : Baju Kurung 'Asli' (tak kisah la dengan kain atau seluar yang longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan ) lengkap bertudung.

Sebarang masalah boleh berhubung dengan saya atau mana-mana ahli jawatankuasa penaja yang lain (rujuk email2 terdahulu).
Terima Kasih atas kesudian anda semua membaca.
Sokongan dan doa anda semua kami dahului dengan Doa Moga dipermudahkan segala urusan kita semua....Sekian,

Yang Menaip:ISMAT NAZIRIN MAT ISA
Ehya Dis 94 - Mei 2000 (SPM 99)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan